Close

2019 All Rights Reserved By Medas Corporation Sdn Bhd

sarung-cincin-2
June 22, 2019

LANGKAH PERTAMA SEBELUM KE MAHLIGAI CINTA

Author

Kursus Kahwin Jalan Tun Razak KL

Tentang Kami

Pengenalan Penganjur Kursus Kahwin

Kursus kahwin di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur , dibawakan kepada uda dan dara oleh Medas Corporations SDN BHD (298695 H) yang berpengalaman dan mendapat kebenaran dan tauliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak tahun 2011.

 

Kelebihan Kursus Kahwin Bersama Kami

buku
Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI )
Menggunakan modul bersepadu kursus pra perkahwinan islam (MBKPPI)
Barisan penceramah bertauliah dari Jakim/Jawi/LPPKN dan kementerian Kesihata
Dewan kuliah selesa dan nyaman
Sijil sah penyertaan yang dikeluarkan oleh Jawi ,boleh digunakan di seluruh Malaysia dan tiada tamat tempoh
Makanan disediakan sepanjang kursus
kemudahan pengangkutan awam yang berdekatan dgn strategik
Doorgift percuma menanti anda

KURSUS KAHWIN JALAN TUN RAZAK

Day 01 full schedule

June 22, 2019

event

SESI PENDAFTARAN

TASAWWUR ISLAM

Peserta akan belajar mengenai Tasawwur Islam

Untitled1

TANGGUNGJAWAB DAN KOMUNIKASI

Peserta akan belajar mengenai tanggungjawab suami isteri dan komunikasi suami isteri

Untitled6

REHAT / SOLAT ZOHOR

Peserta rehat dan solat zohor.

Untitled6

PERKAHWINAN & PROSEDUR

Peserta akan belajar mengenai perkahwinan & prosedur perkahwinan

10410606_779989202066362_426638394429820211_n

PENGURUSAN KEWANGAN

MAJLIS AKAD NIKAH DAN WALIMATULURUS

Day 02 full schedule

June 23, 2019

event

PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA

Peserta akan belajar mengenai pengurusan kesihatan keluarga

Untitled5

REHAT

REHAT

Untitled6

PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK

Peserta akan memperlajari mengenai pengurusan stress dan konflik

30-Gambar-Kahwin-Pengantin-Melayu-Yang-Paling-Rare-Sekali-Di-Abad-Ini-14

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Peserta akan mempelajari mengenai Pembubaran Perkahwinan

Untitled6
Kaedah 1

SMS atau Whatsapp nama penuh, no IC dan tarikh kursus ke talian 011-21445610

kaedah 2

Boleh terus 'walk-in' ke lokasi Kursus Kahwin pada hari Sabtu semasa pendaftaran pada pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi.

kaedah3

Daftar secara online di website kami dengan menekan butang " Daftar Sekarang "

(Soalan - soalan lazim)

FAQS

Q. Adakah pusat kursus ini diiktiraf untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan?

Pusat kursus kami diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan menggunakan modul MBKPPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Q. Siapakah yang perlu menghadiri kursus pra-perkahwinan ini?

Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.

Q. Adakah sijil yang dikeluarkan oleh pusat kursus ini sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah?

Sijil kursus pra-perkahwinan dikeluarkan sendiri oleh pihak JAWI dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah. Pihak kami hanya bertindak sebagai penganjur kursus.

Q. Berapakah harga yuran kursus? Adakah sebarang caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada peserta?

Yuran kursus adalah RM120.00 seorang. Untuk tempahan secara online akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.60.

Q. Bolehkah saya menghadiri kursus ini sekiranya saya belum mempunyai pasangan dan belum merancang untuk berkahwin?

Tiada masalah kerana sijil kursus pra-perkahwinan ini tiada had tempoh dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Q. Bolehkah saya menghadiri kursus pra-perkahwinan di sini sedangkan saya tinggal dan akan berkahwin di luar kawasan Wilayah Persekutuan?

Tiada masalah kerana sijil kursus pra-perkahwinan ini sah digunakan di seluruh Malaysia.

Q. Bolehkah warganegara asing menghadiri kursus pra-perkahwinan?

Boleh. walaubagaimanapun, bahasa pengantar untuk kursus pra-perkahwinan ini adalah dalam Bahasa Malaysia.

Q. Bilakah bakal peserta dikehendaki untuk membuat pembayaran yuran kursus?

Terdapat 2 cara pembayaran:

1) secara online di dalam website kami

2) secara walk-in pada hari kursus dijalankan sebelum pukul 8pagi.

Q. Bagaimana dengan pemakaian sepanjang tempoh kursus?

Pemakaian hendaklah kemas,sopan dan menutup aurat. Seluar jeans dibenarkan. Lelaki: Baju berkolar. Tidak boleh pakai anting-anting, rantai leher atau gelang tangan. Perempuan: Bertudung. Baju yang ketat, nipis atau jarang tidak dibenarkan.

Q. Adakah peserta akan melalui sebarang bentuk ujian atau proses temuduga semasa sesi kursus?

Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap sesi.

Q. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan peserta mendapat sijil kursus pra-perkahwinan?

Setiap peserta hendaklah memenuhi kehadiran bagi setiap sesi yang telah ditetapkan dan menandatangani penuh senarai kehadiran yang diedarkan oleh penganjur pada setiap sesi. Peserta yang lewat melebihi 15 minit setelah sesi bermula dan tidak menandatangani penuh senarai kehadiran dianggap tidak hadir dan tidak layak menerima sijil kursus pra-perkahwinan.

Q. Apakah yang perlu dilakukan oleh peserta yang tidak hadir penuh semua sesi pada minggu tersebut?

Peserta tersebut dikehendaki untuk mengganti semula sesi yang tidak dihadiri itu pada minggu-minggu seterusnya. Sesi yang telah dihadiri tidak perlu diganti semula. Setelah semua sesi yang ditetapkan telah dihadiri penuh, barulah peserta layak menerima sijil kursus pra-perkahwinan.

Q. Berapa lamakah tempoh untuk sijil kursus itu siap?

Sijil akan siap dalam masa 3 hari selepas tamat kursus.

View All

MASIH BELUM JUMPA JAWAPAN ANDA ? Tanyakan soalan anda disini :

MODUL KURSUS PRA-PERKAHWINAN

Kami menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBPKPPI) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan modul ini digunapakai dalam kursus-kursus kahwin di seluruh Malaysia.

Akidah Hubungan Dalam Keluarga Pengurusan Stres & Konflik
Ibadah Pengurusan Sumber Keluarga Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
Akhlak Pengurusan Kesihatan Pembubaran Perkahwinan
Perkahwinan & Prosedur Komunikasi Suami Isteri

Peta Lokasi

Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Daftar sekarang sebelum terlambat

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi

011-21445610

medascorporation.pkk@gmail.com